Isnin, 11 November 2013

Sehari di PDK




Gambar ni ruza ambil semasa Abang Long melakukan sesi fisioterapi di PDK Taman Sri Jerlok, Kajang. Bukan main gembira dia ye...rindu saat2 ini. 

Rabu, 18 September 2013

UPSR telah berlalu

Assalammualaikum & salam sejahtera,

UPSR telah pun berlalu tapi Along masih setia diperbaringannya. Tak dapat ibu peluang untuk sama2 berjaga malam & study dengan Along. Namun ibu masih bersyukur kerana ramai lagi sahabat2 ibu diluar sana yang langsung tidak berpeluang menjadi ibu.
Apapun....walaupun Along tidak menduduki peperiksaan UPSR tapi ibu upah Along dengan bercuti ke Terengganu. Jauh Along berjalan menjadi teman ibu berkursus. Sepanjang perjalanan Along tidur. Nyenyak sungguh dia....makan pun senang. Apa yang ibu @ abah sua Along pasti menerima dengan mulut terbuka hehehe....

Isnin, 1 April 2013

Assalammualaikum....My Haziq


Assalammualaikum...utk first entri ni izinkan ruza perkenalkan Muhammad Haziq Bin Azman. Lahir pada 8 Ogos 2001 di Hospital Kajang. Tahun 2013 ni Abang Long Genap 12 tahun. Abang Long bakal menduduki peperiksaan UPSR.
Muhammad Haziq atau kami panggil Abang Long merupakan satu doa yang yang seorang ibu inginkan. Seorang anak lelaki sebagai anak sulung supaya dia akan menjadi imam kepada adik2nya. Dia yang akan menjaga adik2nya selepas kami suami isteri tiada.
Tapi....siapa sangka kami bukan dapat imam tetapi kami dapat bidadara syurga. Abang Long lahir sihat & cukup sifat. Tapi semua Allah telah tentukan...Abang Long tiba2 sawan pada hari kedua dia lahir kedunia menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak. Itupun setelah doktor sahkan kami berdua sihat & boleh pulang ke rumah.
Siapa sangka anak yang lahir sihat ditakdirkan jadi begini. Lama Abang Long dalam inkubator...bengkak buah dada ibu menunggu untuk menyusukan Abang Long. 
Masa Abang long nyawa2 ikan dalam pelukan ibu di wad kecemasan...hanya Allah shj yang tahu macam mana perasaan ibu. Ibu tak mahu berpantang sendirian tanpa anak yang ibu lahirkan. Ibu doa banyak2 agar Abang Long berjaya melalui saat itu. Allah tidak ambil Abang Long dari ibu.