Rabu, 29 Jun 2016

Perkongsian 1-Ujian

UJIAN ADALAH TANDA KASIH SAYANG ALLAH PADA HAMBA

Ujian tiba tanpa diundang. Kekadang secara perlahan dan senyap. Kekadang kedatangannya sangat bising dan besar. Kedatangannya memang biasa menguji ketenangan, menguji kesabaran, menguji kasih sayang malah menguji iman. Kekuatan yang boleh kita guna semasa diuji adalah dengan kembali mengadu kepada Dia. Dia yang mendatangkan ujian Dia jugalah yang memberi penyelesaian. Kalau kira harapkan manusia, andainya mereka yang berada di sisi kita itu sememangnya seseorang yang kita boleh harapkan maka bergantunglah juga dengan mereka. Kerana support system yang baik juga membantu dalam kita melalui ujian dengan lebih baik. Tetapi jika kita tiada kelebihan itu, mohonlah pada Dia agar kita diberi kekuatan dan jalan penyelesaian.

DOA ADALAH SEBAIK-BAIK SENJATA UNTUK MUKMIN.

salam 25 Ramadhan
#ruza
#sebarkankebaikan

Isnin, 23 Mac 2015

Port Dickson Bandar Tentera

Alhamdulillah...bercuti lagi kita. Mula-mula anak ikut lawatan anjuran PTSL UKM ke Muzium Tentera Darat kemudian ke Alive 3D Galeri. Memandangkan kami dapat baucar menginap percuma di GSV semalam so kami ambil peluang ni untuk tidur semalam di Port Dickson selepas anak2 selesai lawatan. Dapatlah anak2 mandi kolam.

Abang Long macam biasalah...tidur sahaja kerja dia. Nak bawa masuk kolam sejuk pulak airnya. Menggigil tak sudah Abang Long nanti. Yang paling ditakuti kalau Abang Long demam...kesian opah nak jaga dia.












Kemudian mereka melawat pula Alive 3D Galeri di Lukut. Menarik tengok gambar2 yang anak2 tangkap. Ruza pun tak sampai lagi.


















Tengok lah ....betapa kanak2 ini menikmati setiap gambar yang ada.




Isnin, 12 Januari 2015

Penang: Tempat penuh sejarah

Assalammualaikum,

Ruza sekeluarga baru pulang dari Penang. Ada jemputan kahwin di sana jadi sambil-sambil kita ronda sekali. Banyak juga tempat menarik di sana...tapi banyak juga yang tempat yang ruza tak sempat melawat. Al maklumlah dengan anak-anak macam-macam ragam. Tapi ragam anak itu seri kehidupan.






























































Sedikit gambar-gambar di hotel 1926 Heritage. Apa yang saya suka dengan hotel ni sebab banyak bunga lawa-lawa walaupun hotel terletak di dalam bandar.
ni link ye: http://www.1926heritagehotel.com/

Tempat lain yang ruza sempat singgah adalah Batu Feringhi...sempat la hirup angin laut. Pasar malam di sini juga terkenal. Ramai pelancong suka singgah. Tapi ruza tak sempat singgah sebelah malam sebab aktiviti malam nak singgah padang kota...En. Suami nak makan pasembor.



Yang ni pula aktiviti di Padang Kota sebelah pagi dan malam. Pada yang gemar makanan laut seperti sotong, kerang boleh lah singgah...pasembor jangan lupa





Letih kaki ruza berjalan kat Georgetown je. Belum lagi melawat tempat menarik yang lain macam rumah P Ramlee, Muzium 3D, kubu, tokong, masjid, Bukit Bendera, naik feri pun tak sempat....banyak lagi la tempat menarik tak sempat nak ronda-ronda. In Syaa Allah kalau ada rezeki kami datang lagi ke Penang.