UJIAN ADALAH TANDA KASIH SAYANG ALLAH PADA HAMBA
Ujian tiba tanpa diundang. Kekadang secara perlahan dan senyap. Kekadang kedatangannya sangat bising dan besar. Kedatangannya memang biasa menguji ketenangan, menguji kesabaran, menguji kasih sayang malah menguji iman. Kekuatan yang boleh kita guna semasa diuji adalah dengan kembali mengadu kepada Dia. Dia yang mendatangkan ujian Dia jugalah yang memberi penyelesaian. Kalau kira harapkan manusia, andainya mereka yang berada di sisi kita itu sememangnya seseorang yang kita boleh harapkan maka bergantunglah juga dengan mereka. Kerana support system yang baik juga membantu dalam kita melalui ujian dengan lebih baik. Tetapi jika kita tiada kelebihan itu, mohonlah pada Dia agar kita diberi kekuatan dan jalan penyelesaian.
DOA ADALAH SEBAIK-BAIK SENJATA UNTUK MUKMIN.
salam 25 Ramadhan
#ruza
#sebarkankebaikan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan