Isnin, 12 Januari 2015

Penang: Tempat penuh sejarah

Assalammualaikum,

Ruza sekeluarga baru pulang dari Penang. Ada jemputan kahwin di sana jadi sambil-sambil kita ronda sekali. Banyak juga tempat menarik di sana...tapi banyak juga yang tempat yang ruza tak sempat melawat. Al maklumlah dengan anak-anak macam-macam ragam. Tapi ragam anak itu seri kehidupan.






























































Sedikit gambar-gambar di hotel 1926 Heritage. Apa yang saya suka dengan hotel ni sebab banyak bunga lawa-lawa walaupun hotel terletak di dalam bandar.
ni link ye: http://www.1926heritagehotel.com/

Tempat lain yang ruza sempat singgah adalah Batu Feringhi...sempat la hirup angin laut. Pasar malam di sini juga terkenal. Ramai pelancong suka singgah. Tapi ruza tak sempat singgah sebelah malam sebab aktiviti malam nak singgah padang kota...En. Suami nak makan pasembor.



Yang ni pula aktiviti di Padang Kota sebelah pagi dan malam. Pada yang gemar makanan laut seperti sotong, kerang boleh lah singgah...pasembor jangan lupa





Letih kaki ruza berjalan kat Georgetown je. Belum lagi melawat tempat menarik yang lain macam rumah P Ramlee, Muzium 3D, kubu, tokong, masjid, Bukit Bendera, naik feri pun tak sempat....banyak lagi la tempat menarik tak sempat nak ronda-ronda. In Syaa Allah kalau ada rezeki kami datang lagi ke Penang. 






Rabu, 7 Januari 2015

Menjadi Aku

Percaya tak kalau saya kata, dulu kita punya macam2 impian, macam2 keinginan. Tetapi bila kita berkahwin, status bertukar dari anak dara ke isteri ke ibu ....impian dan keinginan itu pun berubah. Sama ada terkubur terus atau ia bercampur dengan impian dan keinginan suami.

Percaya tak kalau saya kata, apa kita suka juga berubah. Perubahan ini memberi impak dalam diri kita. Adakah kita mampu menjadi diri kita tau menjadi seseorang yang suami kita inginkan.

Menjadi AKU....sama ada anda berjaya kekal sepenuhnya sebagai anda dari mula hingga akhir atau anda akan melalui fasa2 perubahan. Kadang kala proses itu sangat menyakitkan hingga anda perlu pilih antara AKU atau menamatkan perkahwinan anda.  Jika anda berjaya melaui proses ini anda akan mempunyai persepsi yang berbeza dengan menjadi  AKU yang baru yang berstatus isteri dan ibu bukan lagi Aku yang berstatus AKU sahaja.

"Semoga anda tidak hilang dalam setiap konflik kehidupan yang dilalui"

RUZA

Selamat Tahun Baru 2015

Assalammualaikum,

Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat tahun baru 2015. Apa azam anda tahun ini? Azam saya??? saya sentiasa berazam untuk menjadi insan dan hamba yang peling baik. Saya harap anda faham maksud itu...

Tahun ni Along akan berumur 14 tahun...besar dah dia. Kami sekeluarga akan memulakan perjalanan tahun ini dengan membuat perjalanan ke Penang ada jemputan kahwin di sana. jadi sambil2 tu kami akan ambil peluang untuk ronda2 lah. Doa ibu agar Along tak meragam.

Adik2 Along semua ada bersama. Sebelum sesi persekolahn bermula kami upah anak2 dengan trip ni. Semoga kakak yang akan menduduki UPSR dan PSRA tahun ini punya motivasi yang tinggi untuk berjaya sebab dah pergi trip ni. Lepas habis semua peperiksaan baru kami akan plan trip hujung tahun pula.

Doakan kami selamat pergi dan balik ye....hingga kita bertemu lagi!

"hati yang baik akan memberi tanggapan yang baik pada kehidupan dan orang lain. Kita juga akan sentiasa rasa bersyukur dengan setiap nikmat yang diterima (In Syaa Allah)"

RUZA