Ruza sekeluarga baru pulang dari Penang. Ada jemputan kahwin di sana jadi sambil-sambil kita ronda sekali. Banyak juga tempat menarik di sana...tapi banyak juga yang tempat yang ruza tak sempat melawat. Al maklumlah dengan anak-anak macam-macam ragam. Tapi ragam anak itu seri kehidupan.
Sedikit gambar-gambar di hotel 1926 Heritage. Apa yang saya suka dengan hotel ni sebab banyak bunga lawa-lawa walaupun hotel terletak di dalam bandar.
ni link ye: http://www.1926heritagehotel.com/
Tempat lain yang ruza sempat singgah adalah Batu Feringhi...sempat la hirup angin laut. Pasar malam di sini juga terkenal. Ramai pelancong suka singgah. Tapi ruza tak sempat singgah sebelah malam sebab aktiviti malam nak singgah padang kota...En. Suami nak makan pasembor.
Yang ni pula aktiviti di Padang Kota sebelah pagi dan malam. Pada yang gemar makanan laut seperti sotong, kerang boleh lah singgah...pasembor jangan lupa

Letih kaki ruza berjalan kat Georgetown je. Belum lagi melawat tempat menarik yang lain macam rumah P Ramlee, Muzium 3D, kubu, tokong, masjid, Bukit Bendera, naik feri pun tak sempat....banyak lagi la tempat menarik tak sempat nak ronda-ronda. In Syaa Allah kalau ada rezeki kami datang lagi ke Penang.































Tiada ulasan:
Catat Ulasan