Percaya tak kalau saya kata, dulu kita punya macam2 impian, macam2 keinginan. Tetapi bila kita berkahwin, status bertukar dari anak dara ke isteri ke ibu ....impian dan keinginan itu pun berubah. Sama ada terkubur terus atau ia bercampur dengan impian dan keinginan suami.
Percaya tak kalau saya kata, apa kita suka juga berubah. Perubahan ini memberi impak dalam diri kita. Adakah kita mampu menjadi diri kita tau menjadi seseorang yang suami kita inginkan.
Menjadi AKU....sama ada anda berjaya kekal sepenuhnya sebagai anda dari mula hingga akhir atau anda akan melalui fasa2 perubahan. Kadang kala proses itu sangat menyakitkan hingga anda perlu pilih antara AKU atau menamatkan perkahwinan anda. Jika anda berjaya melaui proses ini anda akan mempunyai persepsi yang berbeza dengan menjadi AKU yang baru yang berstatus isteri dan ibu bukan lagi Aku yang berstatus AKU sahaja.
"Semoga anda tidak hilang dalam setiap konflik kehidupan yang dilalui"
RUZA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan