Rabu, 18 September 2013

UPSR telah berlalu

Assalammualaikum & salam sejahtera,

UPSR telah pun berlalu tapi Along masih setia diperbaringannya. Tak dapat ibu peluang untuk sama2 berjaga malam & study dengan Along. Namun ibu masih bersyukur kerana ramai lagi sahabat2 ibu diluar sana yang langsung tidak berpeluang menjadi ibu.
Apapun....walaupun Along tidak menduduki peperiksaan UPSR tapi ibu upah Along dengan bercuti ke Terengganu. Jauh Along berjalan menjadi teman ibu berkursus. Sepanjang perjalanan Along tidur. Nyenyak sungguh dia....makan pun senang. Apa yang ibu @ abah sua Along pasti menerima dengan mulut terbuka hehehe....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan