Rabu, 26 Mac 2014

Adik-adik Along


Assalmmulaikum dan Selamat Pagi....

Hari ini ibu upload pula gambar-gambar adik Along. 4 orang bidadari semuanya. Comel tak macam Along??
Kehadiran anak-anak buat hidup kita warna warni. Kalau tak percaya cuba ada anak baru tahu. 5 orang anak macam-macam perangai. Yang paling baik tentunya Along :-)

Dari kiri: Nur Amna Husna ( anak ke4), Nur Naili Hanisah ( Si bongsu), Nurdinie Haifa ( anak ke3) dan Nurul Iffah Humaira ( anak ke2)

Semoga Allah makbulkan doa ibu agar anak-anak ibu menjadi insan yang berguna dan beriman. Sentiasa dalam perlindungan Allah selalu. AMEEEN.

Selasa, 25 Mac 2014

Abah dan Along


Ni abah Along. Masa ni kami sekeluarga bercuti di Langkawi dan naik bot tri keliling pulau. Kasihnya seorang abah...abah dukung Along naik tangga ke Tasik Dayang Bunting...tinggi tau tangganya. Sebab apa kena dukung? sebab kami tak pernah sampai so tak tahu pulak setinggi tu tangganya. Walau apapun ibu bersyukur sebab kita sekeluarga dapat sampai ke sana. Masa perjalanan balik Along tidur di pangkuan abah. Seronoknya sebab kena angin laut.

Kalau ada rezeki Allah bagi nanti kita pergi lagi ye Along. Along doakanlah ibu dan abah sentiasa ada duit dan masa untuk bawa Along pusing satu Malaysia. Rasa ibu tinggal sabah dan Sarawak sahaja ibu belum bawa Along dan adik-adik. In Syaa Allah...kita akan sampai ke sana.

Wajah Terbaru Along







Assalammulaikum...lama dah tak jenguk blog Along ni. Tahun ni Along dah masuk 13 tahun. Sekejap je masa berlalu. Ibu tak tahu berapa lama lagi Allah akan bagi pinjam Along. Kadang-kadang ibu rasa Allah akan ambil Along dari ibu sebab ibu tak jaga Along dengan baik. Ibu tak sediakan penjagaan yang terbaik untuk Along. Ibu main-main dalam bab penjagaan Along.

Gambar ni ibu ambil masa kita sekeluarga bercuti di PD. Seronok tengok Along tidur. Bila Along tidur macam nyenyak sangat. Macam Along bukan anak istimewa. Ibu teringin nak buat macam-macam dengan Along. Tapi....hanya Allah yang tahu perjalanan hidup kita. Orang luar tak tahu apa yang kita lalui hari-hari. Apa yang kita lakukan untuk kekal tabah dalam perjalanan hidup ini.

Along adalah semangat ibu...kekuatan ibu...kasih sayang ibu...kelemahan ibu.
Siapa pun Along...ketahuilah! Ibu sayang along ketat-ketat.




Isnin, 11 November 2013

Sehari di PDK




Gambar ni ruza ambil semasa Abang Long melakukan sesi fisioterapi di PDK Taman Sri Jerlok, Kajang. Bukan main gembira dia ye...rindu saat2 ini. 

Rabu, 18 September 2013

UPSR telah berlalu

Assalammualaikum & salam sejahtera,

UPSR telah pun berlalu tapi Along masih setia diperbaringannya. Tak dapat ibu peluang untuk sama2 berjaga malam & study dengan Along. Namun ibu masih bersyukur kerana ramai lagi sahabat2 ibu diluar sana yang langsung tidak berpeluang menjadi ibu.
Apapun....walaupun Along tidak menduduki peperiksaan UPSR tapi ibu upah Along dengan bercuti ke Terengganu. Jauh Along berjalan menjadi teman ibu berkursus. Sepanjang perjalanan Along tidur. Nyenyak sungguh dia....makan pun senang. Apa yang ibu @ abah sua Along pasti menerima dengan mulut terbuka hehehe....

Isnin, 1 April 2013

Assalammualaikum....My Haziq


Assalammualaikum...utk first entri ni izinkan ruza perkenalkan Muhammad Haziq Bin Azman. Lahir pada 8 Ogos 2001 di Hospital Kajang. Tahun 2013 ni Abang Long Genap 12 tahun. Abang Long bakal menduduki peperiksaan UPSR.
Muhammad Haziq atau kami panggil Abang Long merupakan satu doa yang yang seorang ibu inginkan. Seorang anak lelaki sebagai anak sulung supaya dia akan menjadi imam kepada adik2nya. Dia yang akan menjaga adik2nya selepas kami suami isteri tiada.
Tapi....siapa sangka kami bukan dapat imam tetapi kami dapat bidadara syurga. Abang Long lahir sihat & cukup sifat. Tapi semua Allah telah tentukan...Abang Long tiba2 sawan pada hari kedua dia lahir kedunia menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak. Itupun setelah doktor sahkan kami berdua sihat & boleh pulang ke rumah.
Siapa sangka anak yang lahir sihat ditakdirkan jadi begini. Lama Abang Long dalam inkubator...bengkak buah dada ibu menunggu untuk menyusukan Abang Long. 
Masa Abang long nyawa2 ikan dalam pelukan ibu di wad kecemasan...hanya Allah shj yang tahu macam mana perasaan ibu. Ibu tak mahu berpantang sendirian tanpa anak yang ibu lahirkan. Ibu doa banyak2 agar Abang Long berjaya melalui saat itu. Allah tidak ambil Abang Long dari ibu.